Saturday, April 13, 2013

Ntah betul, ntah tak....

Macam tak cayer lak yang blog ni ada pembaca dari negara asing. Ingatkan orang kita je yang sudi tengok... Apapun terima kasih, thank you, muchas gracias, xie xie, arigato gozaimas, spasibo!
haha malu pun ada sbb blog ni just suka-suka jer...

Wednesday, April 10, 2013

Layan lagu...

Salam...

Sesajer nak post 3  Klip Lagu kat blog ni... Lagu Rihanna, Pink dan Cakra Khan..


Rihanna - Diamond..

Lagu fav anak aku.. walaupun baru 3 tahun lebih, dah beriyer dia suka lagu ni.... Suka lak tgk perfomance Rihanna utk show ni... :)

 
 
Pink - Try
 
 
Lagu yang sarat dengan unsur motivasi kepada sesiapa yang mendengar.  Qisya pun suka lagu ni.. Nak bagi 5 bintang untuk Pink dalam persembahan ni. Begitu "BERSENI"....
 
 

 
 
Cakra Khan - Harus Terpisah.
 
First dengar lagu ni kat HOTFM... ingatkan artis Malaysia, tapi bila google n cari kat youtube, rupanya penyanyi muda dari Indonesia. Best kot dgr suara dia.. Mahal giler tone suara mcm tu... Tak kisah la lagu ni sedih ke apa ke, yg pasti aku skrg tengah demam dengan lagu ni...hahaha..
 

Thursday, March 28, 2013

Tuah Kehidupan

Tiada apa dapat membeli kebahgiaan dan betapa bertuahnya diberi peluang untuk menjadi ayah.  Love her so much..... Alhamdulillah.. :)
 
 








I'm Back...

Assalamualaikum.... Rindunya nak menulis lagi selepas hampir 4 bulan lebih menyepi. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hebatnya dugaan untuk ku Ya Allah. Sesungguhnya aku tak menduga untuk diberi dugaan sebesar ini. Aku tak dapat nak ceritakan satu persatu apa yang dah aku lalui selama ni.. Cukuplah hanya Allah, orang-orang yang rapat dgnku dan diri aku sendiri yang tahu. Ya Allah, aku redha.. Jauh disudut hatiku, harapnya ada hikmah, kebahagiaan menanti aku kelak. Amin...
 
Aku cuma mampu berdoa untuk segera keluar dari musibah ini. Apa yang berlaku, aku anggap sebagai pengalaman untuk mematangkan diriku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku mampu dan dapat ubah diri aku untuk jadi manusia yang lebih tabah. Itu kemenangan untuk aku....
 
Harapnya tuhan permudahkan perjalanan hidupku selepas ini. Satu persatu berita positif bakal hadir untuk hidupku, dan harapnya juga mampu untuk mengubah rentak hidupku selepas ini. Izinkan aku Ya Allah, untuk jadi suami, ayah, abang, adik dan anak yang baik untuk orang-orang terlalu aku sayang.
 
 
 

Tuesday, November 27, 2012

Rindu untuk Qisya....

Hanya satu perkataan.......RINDU.......










Raya Haji + Besday 3 kenit.....

Wah.... baru sekarang ye aku free nak tulis pasal ni. Lebih sebulan aku sibuk teramat. Pindah tempat baru, kerja baru. Pastu banyak benda lak nak kena settle down (walaupun takde la settle mcmne pown).. Insyaallah, harapnya Allah mudahkan urusan perjalanan hidupku dan keluargaku.

Kat sini aku letak gambar-gambar pasal sambutan Aidiladha aritu, takde la banyak shoot pun... boleh la kalo nak ambik mood raya tu... (Walaupun sekadar gambar kuih raya je pun.. hehe)








Alang-alang semua dah ada, kitaorg pun ambik keputusan utk celebrate besday utk 3 kenit.. Rayyan, Qisya dan Rizqi.. Beza umur diaorang bertiga cuma seminggu. Rayyan - 30hb September, Rizqi- 3hb Oktober dan Qisya 7hb Oktober. Takde lah buat makan-makan, cuma belikan kek, tiup-tiup belon. Benda tu fun, diaorg pun suka n excited.... Dapatla juga belikan diaorg hadiah walaupun tak seberapa... Rasa puas tgk diaorg happy... :)







Tuesday, November 20, 2012

Hati Ini Telah Dilukai - Cover KD.

Salam...

Dah lebih sebulan aku tak update blog. Tak sempat, takde feel, takde semangat aku nak story pasal life aku skrg ni. Agak kelam kabot. Susah jg aku nak explain...

ok la... Kali ni aku nak letak rakaman suara aku. Dah lama tak letak cover yang aku buat. Tapi lagu ni tak de la apa-apa maksud tersirat dan tersurat. Cuma lagu ni pernah aku rakam sebelum ni untuk satu event..