Macam tak cayer lak yang blog ni ada pembaca dari negara asing. Ingatkan orang kita je yang sudi tengok... Apapun terima kasih, thank you, muchas gracias, xie xie, arigato gozaimas, spasibo!
haha malu pun ada sbb blog ni just suka-suka jer...
Saturday, April 13, 2013
Wednesday, April 10, 2013
Layan lagu...
Salam...
Sesajer nak post 3 Klip Lagu kat blog ni... Lagu Rihanna, Pink dan Cakra Khan..
Rihanna - Diamond..
Lagu fav anak aku.. walaupun baru 3 tahun lebih, dah beriyer dia suka lagu ni.... Suka lak tgk perfomance Rihanna utk show ni... :)
Sesajer nak post 3 Klip Lagu kat blog ni... Lagu Rihanna, Pink dan Cakra Khan..
Rihanna - Diamond..
Lagu fav anak aku.. walaupun baru 3 tahun lebih, dah beriyer dia suka lagu ni.... Suka lak tgk perfomance Rihanna utk show ni... :)
Pink - Try
Lagu yang sarat dengan unsur motivasi kepada sesiapa yang mendengar. Qisya pun suka lagu ni.. Nak bagi 5 bintang untuk Pink dalam persembahan ni. Begitu "BERSENI"....
Cakra Khan - Harus Terpisah.
First dengar lagu ni kat HOTFM... ingatkan artis Malaysia, tapi bila google n cari kat youtube, rupanya penyanyi muda dari Indonesia. Best kot dgr suara dia.. Mahal giler tone suara mcm tu... Tak kisah la lagu ni sedih ke apa ke, yg pasti aku skrg tengah demam dengan lagu ni...hahaha..
Thursday, March 28, 2013
Tuah Kehidupan
Tiada apa dapat membeli kebahgiaan dan betapa bertuahnya diberi peluang untuk menjadi ayah. Love her so much..... Alhamdulillah.. :)
I'm Back...
Assalamualaikum.... Rindunya nak menulis lagi selepas hampir 4 bulan lebih menyepi. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hebatnya dugaan untuk ku Ya Allah. Sesungguhnya aku tak menduga untuk diberi dugaan sebesar ini. Aku tak dapat nak ceritakan satu persatu apa yang dah aku lalui selama ni.. Cukuplah hanya Allah, orang-orang yang rapat dgnku dan diri aku sendiri yang tahu. Ya Allah, aku redha.. Jauh disudut hatiku, harapnya ada hikmah, kebahagiaan menanti aku kelak. Amin...
Aku cuma mampu berdoa untuk segera keluar dari musibah ini. Apa yang berlaku, aku anggap sebagai pengalaman untuk mematangkan diriku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku mampu dan dapat ubah diri aku untuk jadi manusia yang lebih tabah. Itu kemenangan untuk aku....
Harapnya tuhan permudahkan perjalanan hidupku selepas ini. Satu persatu berita positif bakal hadir untuk hidupku, dan harapnya juga mampu untuk mengubah rentak hidupku selepas ini. Izinkan aku Ya Allah, untuk jadi suami, ayah, abang, adik dan anak yang baik untuk orang-orang terlalu aku sayang.
Subscribe to:
Comments (Atom)

