Tuesday, October 16, 2012

PPj Dalam Kenangan...

 
16 Oktober 2012 tiba jua. Aku tak tahu macamana nak luahkan perasaan ni. Haruskah aku gembira... Sedih.. Ternanti-nanti akan tarikh dan detik ini? Jujur aku cakap, hati aku luluh.....Bahkan saat aku siapkan coretan ni pun, mata aku bergenang.... Istimewanya apa yang telah dan pernah aku miliki selama ni.

Memulakan perkhidmatan di Perbadanan Putrajaya tanggal 25 Mei 2006, genaplah 6 tahun 5 bulan aku di Organisasi ni. Syukur, matlamat aku untuk sama-sama menjadi warga kerja di Putrajaya, akhirnya tercapai. Bangga!! Ya, aku berbangga, sekurang-kurangnya nanti aku mampu bercerita pada anak dan cucu aku, yang aku pernah bertugas di Putrajaya. Aku hanya orang kampung, dan aku teruja untuk berada di tempat yang cantik, gah dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Insyaallah, aku akan terus komited dengan tugas walaupun selepas ini, aku akan menyambung perkhidmatan di organisasi baru. Syukur atas kesempatan dan rezeki ini.

Terima kasih atas jasa baik kawan-kawan di Unit Kesihatan, Bahagian Kawalan Kebersihan Bandaraya, JPB, Perbadanan Putrajaya. Terlalu banyak memori dan ingatan yang akan kekal di ingatan aku. Setiap seorang dari kalian mempunyai tempat yang paling istimewa kat hati aku. Mana mungkin dapat aku lupa kisah-kisah lucu,gembira,pahit,berselisih faham. Dan yang paling penting, perasaan kasih sayang sesama manusia. Itu takkan dapat dibeli dimana-mana. Nasihat, dorongan dan tunjuk ajar selama ini, akan aku gunakan untuk kebaikkan dimasa hadapan. Aku doakan korang sukses. Biar Unit Kesihatan jadi Bahagian Kesihatan... Itu doa aku..Hehehe..

Kesempatan ni juga, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih atas susah payah korang dalam menyiapkan video ni. Aduh, malu & terharu giler time jamuan tadi ada sessi tayangan video segala...Btw, Lagu Goodbye-Spice Girl tu sendiri ada sejarah silam untuk aku. Tapi tu kisah lama la... Malu pun ada bila gambar sendiri di buat mcm tu. Thanks Jazlan n gang. Curi gambar kat FB aku yer....Hehehe :)

Sampai kita jumpa lagi ye... Insyaallah, pasti akan berjumpa lagi..

Doakan kejayaan Debab yer.....& Jangan lupakan Debab... Sebab Debab sayangkan korang :(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
Video yang dihasilkan oleh kawan-kawan Unit Kesihatan, Perbadanan Putrajaya.
Thanks.. Debab rasa amat-amat dihargai.. 

Wednesday, October 10, 2012

Bubu & Family...

Rindunya aku kat Bubu... Kesempatan g umah mama, aku guna dengan sebaiknya. Mmg hajat aku pun bawa kamera untuk ambil gambar-gambar Bubu dan family. Geram aku tgk, debab-debab semuanya. Bubu maintain Jelita.. Tak berubah dari zaman dia dgn aku, sampai la kat mana dia sekarang..Oh Ya, sebenarnya Bubu ni adalah anak kepada Debab.. Kucing yang aku mula-mula pelihara dulu-dulu. Kiranya Bubu ni pun ada sentimental value la untuk aku... Sayang giler kat dia.. Aku terpaksa lepaskan dia dulu pun sebab time wife aku ngandung, alahan kat bulu dia... :(


ko memang DIVA la Bubu... :p



Suami Bubu...Moe

 
 
Anak-anak Bubu n Moe memang unik. Bayangkanla, Bubu kucing campur (Siamese + Kampong) kahwin dengan Moe yang mmg kucing import dari Australia. So lahirla Moon Cake, Lala, Pedo & Mika. Sayangnya Mika dah mati sebab keracunan n Pedo dah diserahkan kat Penjaga di Penang...
 


Moon Cake

Lala... Debab je dia neh... Cekik kang...
 
Gambar retro anak-anak Bubu.
Bubu, Lala, Moon Cake & Mika. Sedih ingat kat Mika.. Warna bulu dia sama macam Debab. Tapi umur dia tak panjang :'(

Pedo & Moon Cake. Rindu lak kat Pedo. Harap dia Happy dengan tuan baru dia... :)
 

Happy Birthday Qisya!!

Alhamdulillah, 7hb Oktober 2012 tiba juga.. Lama aku tunggu tarikh ni... Tak lain tak bukan, sebab anak kesayangan aku.. Qisya Nour Qaisarra.. Syukur, anjak lagi usia Puteri sulung aku ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru tahun lepas Qisya lahir... Tapi sedar tak sedar, dah 3 tahun usia Qisya.

5 benda yang buat aku rasa happy pasal Qisya:

1) Dia comel pada mata aku...
2) Dia tak banyak songeh
3) Dia manja giler dgn aku
4) Dia selalu patuh arahan aku
5) Dia selalu faham kalau aku sedih atau termenung.

Kejap je.. rasa mcm baru je dia lahir... :'(
 



Cuma bila dah besar sikit ni, dia dah mula tunjuk mood merajuk dia. Kalau merajuk, dia tak nangis..Tapi tutup muka dan meniarap, menonggeng. Kadang-kadang bila tengok rasa tak jadi nak marah, peluk jela... :)

Tengok.... Merajuk lagi..... haishhhh..



Tahun ni mcm biasa, aku sambut jugak Birthday Qisya. Alhamdulillah, since Qisya berusia setahun lagi aku sambut. Style aku senang... Biar simple, tapi ada makna... Kenangan tu yang penting. Tak boleh dibeli kat mana-mana...Insyaallah, tiap2 tahun aku akan cuba utk buat. Memadaila dengan sebiji kek dan 10 biji belon. Tak ke benda tu sesuatu yang comel?


Birthday 1 Tahun.

 
 
 
Birthday Umur 2 Tahun

Dengan sepupu.. Aqeef Rayyan.

 

Tahun ni Birthday Qisya special sikit. Sbnrnya kejutan juga untuk aku n wife. Thanks utk family Shah Alam sbb buat surprise!! Touching giler aku tengok usaha korang buat sedaya upaya majlis "keluarga kita" tu.. Takkan lupa jasa baik mama, ayah, alib... Insyaallah kami takkan lupa semua tu... :(

Nice Cake.... TQ Uncle...




Terharunya ada belon-belon tu....

Tulang belakang majlis.. hehe thanks mama..


Fav aku... Nak semua boleh?

 

 
 Selain dari kejutan daripada family Shah Alam, aku pun ada order kek dari jiran kat umah. Dalam 3 minggu awal juga la aku order. Nak dia buat kek ikot permintaan aku. Sbb aku ada request kek dengan tema watak animasi Pororo the Little Penguin. Kenapa Pororo? Haaa.... Itu la siri animasi yang Qisya paling suka.... :)


Comel Kek Ni..... Red Velvet...

Suka gile tengok dia teruja dgn kek ni... :)



Nak plak dia tiup lilin tu....

Berbaloi bila tengok dia senyum mcmni.. :)



Piano dari Mak Ngah... TQ Mak Ngah :)


Ayah tak tahu nak beli apa utk Sya.... :(


Ok Sya, next year kalo diizinkan tuhan, dimurahkan rezeki, kita sambut lagi  untuk ulang tahun ke 4 ya... Insyaallah... :)