Thursday, September 27, 2012

Tutti Frutti.

Aku mmg tak pernah makan aiskrim ni.. Tp wife aku gigih ngajak aku... Ok la, benda tak pernah makan, sesekali pergi nak merasa. Lagi pun aku juz nak make sure Qisya happy.. Bila tengok dia senyum, excited, kepoh bercerita, hilang segala masalah, kesedihan n apa juga yang ada dalam hati aku.... Taknak sedey-sedey okay.... Nak makan aiskrim neh.... hehehe :)

Lokasi Tutti Frutti ni, kat Presint Diplomatik, Presint 15 Putrajaya. Masuk je aku dalam tu, aku mmg tak tahu mcmne konsep cara nak beli aiskrim neh... Naif & kampong je aku kan.... Rupa-rupanya benda ni kena ambil sendiri n dikira berdasarkan jumlah berat. 100gram RM5.50. Kalau tak salah aku la...

Aku beli dalam 2 cup, so bila benda ambil sendiri ni, mulala nak merepek-repek nak letak itu ini, konon nak deco juga aiskrim tu.. tapi hasilnya macam nak nangis aku tengok... Okey la, boleh la aku makan, tapi bagi aku better makan benda yang lebih kenyang kot, berbaloi dengan harga yang kita bayar..Tapi kalau sekali sekala nak makan, sambil main-main tu, boleh la makan benda alah ni....



Mine... Baek punyer.....

Mek Iti kongsi dengan Qisya....

Tapi last2 Mek Iti abiskan aku punyer...

 

Ibu... Sedap lah.... Sya nak lagi lepas ni boleh???




 Comel giler decoration dalam Tutti Frutti neh.. Rasa mcm nak wat konsep mcm ni je utk bilik Qisya.. hehehe.. Warna warni..... :)
 

Still tak faham knp budak2 suka sgt makan aiskrim.... :(
Nanti ayah bawa Sya datang lagi yer....

Wednesday, September 26, 2012

Santai di Taman Wetland, Putrajaya.

Bila dah nak last-last kat Putrajaya ni, baru la aku nak teroka Putrajaya.. Hehehe, nanti dah susah lak nak datang sini. Kalau datang pun sure dah susah nak santai-santai sana sini. So dengan masa yang ada, aku gunakan bawa wife n anak jalan-jalan dan bergambar kat tempat yang aku rasa best kat hati aku. Aku pilih Taman Wetland sebab, kat sini la aku buat fotografi sebelum kawin.. Pre-Wedding... Hehehe....

Nah, sekarang aku datang balik bawa sorang budak kenit dengan aku n wife... Fuhhh.. cepatnya masa berjalan.. Tak sedar dah 4 tahun sejak fotografi tu berjalan... :(

Insyaallah, kalau ada rezeki, ada masa dan dapat Izin dari-Nya, sampai la juga nanti.... Okey mcm biasa, anak aku la yang banyak pose2 kat situ...Maknya, langsung taknak.... Malu apa ntah. Hehehe....

















TanDas...

Kali ni nak story pasal tandas. Kenapa tandas? Hahaha, sebabnya aku baru je tadi pas bersihkan tandas/bilik air umah aku.. Dari situ aku dapat idea, saja nak kongsi mcmne rupanya bilik air kat umah aku...

okay.. aku nak bagi bahan ilmiah sikit... boleh baca dan faham beberapa fakta mengenai tandas dan bilik air.... Kredit untuk wikipedia.. :)

"Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau ruang tempat mandi, membuang air, membasuh dan sebagainya.
ilik air merupakan bilik yang mungkin memiliki fungsi berlainan bergantung kepada konteks budaya. Dalam bentuk harafian, perkataan bilik air bererti "bilik dengan bekalan air". Oleh kerana bilik air tradisi sebahagiannya berubah untuk mandian moden, termasuk mandian wap, istilah umum adalaj "bilik di mana seseorang mandi".
Mungkin terdapat pancur (atau mandi pancuran), atau hanya tab mandi) atau keduanya; dan sering kali peralatan paip digabung dalam tab mandi. Bilik ini juga mungkin mengandungi singki (atau singki basuh atau singki tangan), tandas dan bidet."

"Tandas adalah sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkir bahan buangan manusia: kencing dan bahan najis. Selain itu, muntah dan buangan haid juga kadang kala dibuang dalam tandas bagi sesetengah kebudayaan. Perkataan tandas menggambarkan mangkuk tersebut dan, terutamanya dalam Inggeris British, bilik yang memiliki mangkuk tandas. Dalam Inggeris Amerika, ini biasanya dikenali sebagai bilik rehat atau bilik air. Perkataan yang kemudiannya seringkali menggambarkan bilik yang turut mengandungi tub mandi. Bilik dengan hanya tandas dan singki kadang kala dikenali sebagai separa-bilik air, separa mandi, atau bilik solek (powder room)."

Kat bawah ni aku share gambar-gambar bilik air/tandas aku.. Tak la cantik mana, tapi bagi aku, aku puas ati n suka "rupa" tandas aku...













Thursday, September 13, 2012

Apabila LEMAK menguasi diri.....

Salam...

Jumpa lagi guyz... :)

Lepas karangan aku pasal sambutan raya tempoh hari, aku naik lemak nak buat blog dah.. lemak aku tu sama naik dengan perut aku yang makin berlemak ni.... adeh kena buat sesuatu neh, aku taknak episod badan aku yg gemok dulu berulang.. Scary dowh!!! Alhamdulillah skrg dah start pelan2 untuk exercise.. Jogging, gym... :)

Tapi cabaran yang besar bg aku adalah Jamuan Raya!!! Aku tak tahu berapa banyak satay yang aku dah makan. Itu belum campur dengan laksa, nasi himpit, puding, kek, ayam panggang, pizza, spagetti.... Gila betul.. Mau nangis orang-orang pelarian, warga afrika yang kebulur kat sana tu tgk makanan-makanan kita... Syukur la kejap yer... :(

Cakap pasal Jamuan Raya, opis aku pun seperti biasa akan buat jugak. Pelbagai peringkat beb.. dari  Jamuan Raya Bahagian, Jamuan Raya Jabatan n lain-lain jamuan seumpama dengannya..  Aku malas nak karang lebih-lebih.. Penat, mengah lak raser. Hehehe.....



aku termenung kejap tgk kain merah kat tangan org ni... huhu


si A dengan gadis S

si A dengan gadis W pulakkk.... Adehhh

 

Wif my bro... En Din...



Wunny Chantek n Siti Salwa


 Cantik kan dewan ni... :)

yeayyyy dpt hamper... suka anak aku dpt makan jajan... :)
 
 
Gambar2 den ni kalo tak suko jangan tengok yo... den punya blog, den pny pasal nak letak muko den neh.. hahahaha :)