Start tahun 2005, aku guna nickname aku sebagai Debab... bukan sbb aku gemok yer... ni nama yang bagi aku amat-amat mempunyai nilai yang besar dalam hidup aku... Tak kira la apa jugak akaun internet... Myspace, friendster, ekawan dll... mmg ini la nick aku... Nick ni jugak tinggalkan seribu satu kisah pahit manis kat aku..
Debab yang aku maksudkan adalah nama kucing yang pernah aku bela.... (kuang kuang kuang..) kucing ni aku beli dengan harga RM350 di salah sebuah pet shop di Bukit Mertajam, Penang.. aku beli dengan duit EPF yang aku dpt time tu.. mulanya tuan kedai tu taknak jual sbb dia cuma jual adik beradik debab yg lain sahaja.. Tp dah jodoh aku dengan debab, aku dpt dia... umur dia time tu baru 3 bulan... kata orang, baru lepas cerai susu dgn ibu dia....
Pas aku dpt kejer kat Putrajaya, aku bawa dia sekali tinggal kat umah bujang aku.. Sbb dia juga la aku sewa umah sorang-sorang sbb nak elakkan orang lain tak selesa dengan 'karenah" dan sebarang "urusan" yang melibatkan debab... syukur jugak la aku dpt cari umah sewa murah (RM250/bln) kat Puchong.. Ikshh tiba2 lak rindu neh kat umah lama aku.. Kiambang Apartment, Taman Putra Perdana...
Berbalik kepada citer debab, skrg ni dia dah takde.. dipendekkan cerita, aku dah tak tahu dia kat mana skrg... siapa tuan baru dia... jujurnya aku agak menyesal sbb lepaskan dia pergi... tapi, aku percaya, tiap yang berlaku ada sebab dan alasan yang tersendiri... yang mampu aku buat, doakan debab selamat dan panjangkan umurnya....
Walaupun debab dah takde dgn aku skrg, pd aku, ingatan aku kat dia tak pernah padam... Nama debab dan aku dah macam darah daging... sampai bila-bila... Insyaallah...

No comments:
Post a Comment