Monday, August 27, 2012

Coretan Syawal - Part 1





Syukur ke hadrat Ilahi... pejam celik, dah sampai hari ke-9 y bagi bulan Syawal 1433. Lama la juga tak buka my Lappy.. takde masa kot sbb letih dgn family dan raya... So kesempatan dah balik KL ni, aku nak rangkumkan je la apa yg berlaku sepanjang minggu sebelum raya sampailah aku balik ke KL..

Khamis 16hb Ogos, aku dah gerak balik ke kampong wife kat Felda Palong, Negeri Sembilan..Lepas kerja je, aku konvoi sekali dgn adik ipar (angah) yang dah siap tunggu kitaorang kat depan opis. Thanks yer Zali sbb hantar angah kat situ...

Tapi tak sempat jugak la nak berbuka kat umah sbb terlewat skit sampai.. tapi takpela, at least kitaorang sampai dengan selamatnya kat umah. Mencabar weyyy drive malam2 kat kawasan tuh.... :p

Waktu tu, Hari masih berbaki 2 hari untuk bulan Ramadhan untuk tahun ni. So, dapatla shopping jap untuk last minute kat Pekan Tampin. Dan yang bestnya aritu, adik dengan murah hatinya sudi untuk belanja kitaorg berbuka puasa kat Umbai, Melaka... Fuhh!!! Seksanya rasa nak g sana.. asalnya guna GPS, tapi kelauuuttt... Masalah teknikal la pulakk... Sian angah, masing2 stress dah ni sbb time berbuka dah dekat, tp lokasi tak jumpa-jumpa jugak.... Dipendekkan citer, jumpa la juga lepas cuba ntah kali keberapa kat area tu. Sabaq no semua.. Hehehe... :)

Hmm.... Nak cakap pasal raya neh... Bagi aku raya tahun ni kat Negeri Sembilan, terasa la juga kesayuannya. Mmg lain la sbb ni first time family ni beraya tanpa arwah yang meninggal bulan Jun lepas. Lepas solat sunat Aidilfitri, sempat la juga aku, adik n mak mertua ziarah kubur arwah dan sedekahkan Al Fatihah dan bacaan Surah Ya Sin. Mcm tu juga untuk pusara arwah adik bungsu wife aku... Ikhlas aku cakap, bila tgk keadaan persekitaran pusara dan keadaannya, benda tu amat-amat menginsafkan aku...

Apapun, aku appreciate apa yg wife dan adik-adik ipar aku tunjuk kat aku.. Abang Long hargai semua tu yer.. Aku juz nak semua happy, Insyaallah, arwah ayah pun nak semua mcm tu... :)

Ada la skit-skit gambar time raya kat sana aritu...



Antara Angpow yang dah aku sediakan untuk anak-anak buah dan sepupu sepapat...
Lantak la korang, kang kalo cakap aku bg sikit, aku sekeh paler sorang2... Janji aku ikhlas.. kan kan kan...


anak angah, Iris.... time ni nak main bunga api... sian dia tak dapat kuar walker.. :)

Ni nangis sbb trauma tgk bunga api.. Adeh.. heran tol aku.. tp yer la, mgkn sbb setahun sekali baru nak jumpa bunga api, terkejut la skit kot....

 
angah, wife, adik n mak mertua... Qisya leh lak belek sampul raya tu awal2 kan....

sweet tak?

Teknik memandai-mandai oleh adik persis jurukamera Pro.. Hehehe


Nasib baik tak nanges dak iris neh....


Sepupu, teman tapi mesra....





Antara menu pagi raya aritu...Thanks angah n wife yang bangun awal pagi nak masak...

Mcm biasa, gambo2 budak kecik neh.....







Yang penting, tema sari.... hahaha


Biar la den nak posing pun. Den tak kacau sapo-sapo.... :p


Nak gerak balik ke Penang pagi raya ke 2.

No comments:

Post a Comment