Tuesday, October 16, 2012

PPj Dalam Kenangan...

 
16 Oktober 2012 tiba jua. Aku tak tahu macamana nak luahkan perasaan ni. Haruskah aku gembira... Sedih.. Ternanti-nanti akan tarikh dan detik ini? Jujur aku cakap, hati aku luluh.....Bahkan saat aku siapkan coretan ni pun, mata aku bergenang.... Istimewanya apa yang telah dan pernah aku miliki selama ni.

Memulakan perkhidmatan di Perbadanan Putrajaya tanggal 25 Mei 2006, genaplah 6 tahun 5 bulan aku di Organisasi ni. Syukur, matlamat aku untuk sama-sama menjadi warga kerja di Putrajaya, akhirnya tercapai. Bangga!! Ya, aku berbangga, sekurang-kurangnya nanti aku mampu bercerita pada anak dan cucu aku, yang aku pernah bertugas di Putrajaya. Aku hanya orang kampung, dan aku teruja untuk berada di tempat yang cantik, gah dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Insyaallah, aku akan terus komited dengan tugas walaupun selepas ini, aku akan menyambung perkhidmatan di organisasi baru. Syukur atas kesempatan dan rezeki ini.

Terima kasih atas jasa baik kawan-kawan di Unit Kesihatan, Bahagian Kawalan Kebersihan Bandaraya, JPB, Perbadanan Putrajaya. Terlalu banyak memori dan ingatan yang akan kekal di ingatan aku. Setiap seorang dari kalian mempunyai tempat yang paling istimewa kat hati aku. Mana mungkin dapat aku lupa kisah-kisah lucu,gembira,pahit,berselisih faham. Dan yang paling penting, perasaan kasih sayang sesama manusia. Itu takkan dapat dibeli dimana-mana. Nasihat, dorongan dan tunjuk ajar selama ini, akan aku gunakan untuk kebaikkan dimasa hadapan. Aku doakan korang sukses. Biar Unit Kesihatan jadi Bahagian Kesihatan... Itu doa aku..Hehehe..

Kesempatan ni juga, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih atas susah payah korang dalam menyiapkan video ni. Aduh, malu & terharu giler time jamuan tadi ada sessi tayangan video segala...Btw, Lagu Goodbye-Spice Girl tu sendiri ada sejarah silam untuk aku. Tapi tu kisah lama la... Malu pun ada bila gambar sendiri di buat mcm tu. Thanks Jazlan n gang. Curi gambar kat FB aku yer....Hehehe :)

Sampai kita jumpa lagi ye... Insyaallah, pasti akan berjumpa lagi..

Doakan kejayaan Debab yer.....& Jangan lupakan Debab... Sebab Debab sayangkan korang :(

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
Video yang dihasilkan oleh kawan-kawan Unit Kesihatan, Perbadanan Putrajaya.
Thanks.. Debab rasa amat-amat dihargai.. 

No comments:

Post a Comment