02hb Ogos 2012 jam 7:14 pagi... Genap usiaku yang ke 34. Ya Allah.. aku bersyukur, dengan kesempatan yang kau beri, aku masih hidup dimuka bumi ini. Kau berikan ku kesempatan dalam usia yang sebegini untuk aku rasa apa itu nikmat kehidupan.. Nikmat menjadi seorang anak kepada kedua ibu bapaku... Nikmat menjadi ketua kepada keluargaku... Nikmat menjadi seorang ayah kepada anak yang comel... Yang paling ku bersyukur, terima kasih Ya Allah, atas Nikmat untuk sebuah kehidupan yang berwarna-warni untuk aku..
Dengan usia sebegini, apa lagi yang aku harapkan... Macam-macam rencah kehidupan dah aku rasa, dah aku telan dan dah aku galas.. Tapi semua tu aku akan ambil sebagai sesuatu yang positif. Sekurang-kurangnya dapat mematangkan fikiran dan cara hidup aku untuk hari-hari esok.
Jujur aku cakap, tahun ni bagi aku adalah tahun suka dan duka.. Apa yang telah dan akan berlaku kelak, aku mohon tuhan kuatkan hati aku untuk teruskan juga kehidupan ni. Hanya orang-orang yang rapat denganku faham apa maksudku.. Percayalah, Allah dah duga aku dengan 1001 cabaran dan dugaan dan semua tu ada kat dalam hati aku sampai la detik ni.
Kadang-kadang aku fikir takot untuk aku bayangkan hari esok. Aku tak berani nak ramal apa nasib aku, macamana kehidupan aku selepas ni. Tapi aku percaya, Allah dah atur jalan yang terbaik untuk HambaNya. Dan aku yakin, pasti akan ada kebahgiaan mutlak untuk aku dan orang-orang yang aku sayang. Insyaallah.
Aku hanya harapkan dengan angka usia sebegini, aku dianugerahkan rezeki yang murah, kesihatan yang baik dan mental yang sihat. Yang paling penting, aku nak orang-orang yang aku sayang HAPPY. Itu sudah cukup buat aku tersenyum. InsyaAllah..
Aku akan tetap menjadi diriku, apa yang lebih.. apa yang kurangnya pasal aku, itu tetap aku.. Aku manusia biasa yang juga ada hati dan perasaan.
InsyaAllah, kehidupan baru aku akan bermula tidak lama lagi... Doakan semuanya berjalan lancar... Amin....
Selamat Hari Lahir MOHAMAD SYAHARIL BIN YAHYA.

happy birthday syaril.. may allah bless u..aminnnnn...
ReplyDeleteMakasih wannie... :)
ReplyDelete